Program Pertandingan Mewarna Merdeka 2025 Bersama Tabika Kemas Darul Nasuha

14 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

NADI Semanggar Dalam telah menganjurkan Program Pertandingan Mewarna Merdeka 2025 Bersama Tabika Kemas Darul Nasuha pada 13 Ogos 2025 bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Seramai 30 pelajar telah menyertai pertandingan ini yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 6 tahun dan 5 tahun. 5 orang guru pengiring juga turut hadir dan membantu kelancaran semasa program.

Program ini diadakan bertujuan mencungkil bakat mewarna dan memupuk semangat patrioritik dalam kalangan pelajar dan guru.
Turut diadakan pada hari tersebut adalah sesi pendaftaran keahlian NADI secara percuma dan saringan kesihatan percuma bersama para guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali